KOLEJ VOKASIONAL BETONG, SARAWAK

" KECEMERLANGAN, BERTEKNOLOGI, BERWAWASAN "

Kata Aluan Pengarah

Pengetua SMV Betong

Pengarah KV Betong:  Mr. Ng Fook Yin

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnia Nya maka dapatlah Laman Web untuk Kolej Vokasional Betong ini disiapkan. Saya ucapkan tahniah juga kepada guru-guru yang terlibat khasnya, kerana telah bertungkus lumus dalam menyediakan laman Web ini.

Dalam kita meniti arus kemajuan IT dan internet, Laman Web sebegini amat penting supaya kita dapat menyampaikan sebarang bentuk maklumat kepada dunia luar dan perkara-perkara, aktiviti-aktiviti dan semua bentuk kegiatan kurikulum dan kokurikulum yang berlaku di Kolej Vokasional Betong. Kita juga dapat menyediakan maklumat bagi berbagai-bagai jenis bidang kemahiran yang kita tawarkan kepada pelajar serta produk-produk yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar di bengkel-bengkel. Masyarakat luar juga boleh mengetahui dengan lebih mendalam lagi kepentingan Kolej Vokasional melalui penyampai maklumat yang terkini seperti laman web ini, khususnya masyarakat di sekitar Bahagian Betong ini dan mendapat maklumat yang tepat mengenai pendidikan Teknikal dan Vokasional yang sesuai untuk anak-anak mereka.

Kolej Vokasional menawarkan pelbagai kursus kemahiran kepada pelajar lepasan PMR yang berminat dalam bidang ketukangan. Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia menekankan konsep“school Enterprise” dalam pendidikan Teknikal dan Vokasional. Ini bertujuan untuk melatih pelajar supaya dapat berdikari apabila tamat kursus. Maka diharapkan agar laman web ini dapat meluaskan lagi pasaran produk yang dijual seterusnya meningkatkan lagi kemahiran pelajar-pelajar di Kolej Vokasional Betong.

Akhir sekali, saya berharap agar laman web ini dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan Pendidikan Teknik di Malaysia am nya dan Kolej Vokasional Betong khasnya.

Sekian, terima kasih.

Ng Fook Yin
Pengarah
Kolej Vokasional Betong, Sarawak

 
%d bloggers like this: