KOLEJ VOKASIONAL BETONG, SARAWAK

" KECEMERLANGAN, BERTEKNOLOGI, BERWAWASAN "

268 pengakap sertai VT Camp 2011

Posted by PENGURUSAN LAMAN WEB KOLEJ VOKASIONAL BETONG on 29/04/2011


Daripada: http://www.utusan.com.my

KUCHING 28 April – Seramai 268 anggota pengakap dari seluruh negeri berkampung di Pusat Latihan Pengakap (Pulapen) Sejingkat, di sini bagi menyertai Perkhemahan Teknik Vokasional (VT Camp 2011) yang diadakan selama empat hari sejak kelmarin.

Perkhemahan melibatkan lima buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) di Sarawak itu turut disertai tiga buah sekolah menengah yang terletak di sekitar bandar raya ini.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SMT Sejingkat, SMV Kuching, SMV Matang, SMV Betong, SMV Miri, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bako, Kolej Dato Patinggi Abang Haji Abdillah dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuching.

Pengetua SMT Sejingkat, Abdul Manap Shaikh Abdul Kadir memberitahu, VT Camp 2011 merupakan program julung-julung kali diadakan khas untuk sekolah-sekolah teknik dan vokasional.

Beliau yang juga Pengerusi Perkhemahan berkata, objektif kem tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai ilmu pengakap di samping melatih dan memberi tauliah kepada guru-guru penasihat dengan jawatan pemimpin pengakap.

“Antara aktiviti yang disusun untuk peserta termasuklah mendaki Gunung Serapi, program khidmat masyarakat, latihan berenang dan menyelamat, malam kebudayaan, pertandingan masakan dan kemahiran pengakap, kembara malam, radio amatur dan pameran.

“Sekiranya edisi pertama kem yang dipelopori SMT Sejingkat ini mendapat sokongan padu semua pihak, kita merancang untuk menjadikan VT Camp sebagai acara tahunan,” katanya pada majlis pembukaan perkhemahan tersebut di sini, semalam.

Majlis pembukaan VT Camp 2011 disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap negeri, Dunstan Melling Undau yang turut merasmikan Pulapen Sejingkat.

Sementara itu, Dunstan ketika berucap memberitahu, aktiviti perkhemahan pengakap boleh dijadikan platform untuk melahirkan para pemimpin masa depan yang berkualiti di samping mengukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: