KOLEJ VOKASIONAL BETONG, SARAWAK

" KECEMERLANGAN, BERTEKNOLOGI, BERWAWASAN "

PERTANDINGAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) DAN PERTANDINGAN MYSKILL 2011

Posted by PENGURUSAN LAMAN WEB KOLEJ VOKASIONAL BETONG on 11/01/2011


Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian  Sumber  Manusia akan menganjurkan Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) 2011 di kalangan murid sekolah dan Pertandingan Myskill 2011 dikalangan guru kemahiran .

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) berharap akan dapat melihat lebih ramai murid dan guru yang layak untuk menyertai  pertandingan tersebut. Diharap pihak sekolah dapat mengenalpasti dan mencalonkan murid dan guru yang berkelayakan untuk menyertai pertandingan ini.

Sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila berhubung dengan pegawai di bahagian ini, En.Mohd Rosdi bin Ismail di talian             03-88845174       /             019-9871070      . Tuan juga boleh merujuk kepada laman webhttp://www.bptv.edu.my atau http://www.dsd.gov.my untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini mengenai perkara di atas.

 

Semua penyertaan hendaklah dimaklumkan kepada BPTV.

 

Sorry, the comment form is closed at this time.

 
%d bloggers like this: