KOLEJ VOKASIONAL BETONG, SARAWAK

" KECEMERLANGAN, BERTEKNOLOGI, BERWAWASAN "

Peraturan Kolej

  1. INSPIRASI INSANI

1.1.      Pelajar-pelajar dikehendaki berkumpul di hadapan Dewan Sri Kenanga pada jam 6.30 pagi untuk sesi Inspirasi Insani pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat.

1.2.      Pelajar-pelajar dikehendaki beratur mengikut kelas masing-masing.

1.3.      Inspirasi Insani akan dikendalikan oleh guru bertugas harian dan kehadiran pelajar akan diambil.

1.4.      Kelas-kelas yang diagihkan tugas pembersihan pagi dikehendaki menjalankan tugas mengikut arahan guru bertugas harian.

1.5.      Pelajar-pelajar yang tidak memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap perlu berjumpa dengan Penyelaras Disiplin untuk mendapatkan tag kebenaran.

1.6.      Pelajar-pelajar dikehendaki terus bergerak ke kelas selepas perhimpunan pagi.

 

2. KEHADIRAN KE KELAS

2.1.      Pelajar-pelajar dikehendaki hadir ke kelas tepat pada masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelajar-pelajar yang lewat ke kelas tanpa sebab yang munasabah akan dikenakan tindakan disiplin oleh guru mata pelajaran. Rekod kelewatan akan dicatat ke dalam buku Kehadiran Kelas.

2.2.      Pelajar-pelajar tidak dibenarkan untuk meninggalkan kelas sebelum loceng tamat sekolah dibunyikan.

2.3.      Pelajar-pelajar yang bergerak pada masa pertukaran kelas/waktu harus bergerak dalam kumpulan. Ketua kelas harus memastikan tidak ada pelajar yang tercicir daripada kumpulan.

2.4.      Bagi pelajar yang ingin ke tandas atau ada urusan rasmi tidak dibenarkan pada masa pertukaran kelas/waktu.

2.5.      Semua pergerakan pelajar pada waktu pembelajaran mesti memakai Pas Keluar yang diberikan oleh guru mata pelajaran yang mengajar pada ketika itu.

2.6.      Pelajar yang terpaksa balik kampung atau rumah bukan pada hari yang dibenarkan balik dikehendaki mendapatkan surat kebenaran daripada PK HEM. Jika PK HEM tidak berada di sekolah, pelajar hendaklah mendapatkan surat kebenaran daripada PK Pentadbiran atau Pengetua.

2.7.      Pelajar-pelajar yang ponteng kelas atau ponteng sekolah, rekod ketidakhadiran akan dicatat dalam buku Kehadiran Kelas. Guru Tingkatan akan mengambil tindakan disiplin kepada pelajar-pelajar yang tidak mempunyai dokumen sokongan untuk mengesahkan ketidakhadiran mereka.

2.8.      Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah mesti memberitahu pihak sekolah pada hari tersebut dan perlu menyerahkan Sijil Sakit Doktor atau Surat Ibu bapa yang telah disahkan oleh Ketua Kampung kepada Guru Tingkatan dengan segera. Pelajar-pelajar yang gagal berbuat demikian dianggap telah melakukan kesalahan ponteng sekolah.

2.9.      Pelajar-pelajar yang digantung persekolahan dikehendaki berada di rumah masing-masing dan tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah.

2.10.  Ibubapa / penjaga mesti datang bersama dengan pelajar yang digantung persekolahan untuk berjumpa Pengetua atau PK HEM dan Guru Tingkatan sebelum pelajar yang terbabit dibenarkan mengikuti sesi persekolahan seperti biasa.

 

3. PERATURAN DALAM KELAS

3.1.      Sebelum masuk ke kelas, pelajar-pelajar mesti mengetuk pintu terlebih dahulu dan meminta kebenaran daripada guru mata pelajaran untuk masuk ke kelas.

3.2.      Pelajar-pelajar tidak dibenarkan tidur di dalam kelas. Jika pelajar kurang sihat, pelajar perlu berjumpa dengan PK HEM.

3.3.      Untuk meninggalkan kelas, pelajar-pelajar mesti mendapatkan Pas Keluar daripada guru mata pelajaran dan menggantungnya pada leher sewaktu berada di luar kelas.

3.4.      Pelajar-pelajar tidak digalakkan meminta kebenaran keluar ke tandas pada waktu pertama bermulanya kelas dan waktu pertama selepas waktu rehat.

3.5.      Pelajar-pelajar mesti menjaga kebersihan dan keceriaan kelas pada setiap masa. Bilik darjah hendaklah disapu dan dibersihkan pada setiap hari mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan oleh Ketua Kelas. Apabila kelas tidak digunakan dan selepas tamat sesi persekolahan pada setiap hari perkara-perkara berikut harus dipatuhi dan diambil perhatian :-

3.5.1.1.      Suis lampu dan kipas mesti dimatikan

3.5.1.2.      Tingkap serta pintu ditutup

3.5.1.3.      Papan hijau mesti dibersihkan

3.6.            Pemadam papan hijau tidak dibenarkan diketuk pada tepi dinding, pintu atau lantai. Sila ketuk sisa kapur di dalam tong sampah.

3.7.            Pelajar-pelajar mesti mengosongkan laci meja mereka apabila tamat waktu persekolahan. Buku teks / buku rujukan / buku kerja / buku latihan akan dirampas oleh guru disiplin / exco pelajar sekiranya bahan itu tidak dibawa balik oleh pelajar selepas tamat waktu persekolahan.

3.8.            Ketua Kelas atau Penolong Ketua Kelas dikehendaki memastikan buku Kehadiran Kelas ditandatangani oleh guru mata pelajaran sebelum mereka memulakan kelas.

3.9.            Ketua Kelas atau Penolong Ketua Kelas dikehendaki memastikan buku Santapan Minda diisi oleh guru mata pelajaran jika ada latihan atau kerja rumah diberikan oleh guru.

3.10.        Ketua Kelas atau Penolong Ketua Kelas dikehendaki memberi salam selamat pagi / selamat petang kepada guru/nazir/pengetua semasa mereka masuk ke kelas.

3.11.        Pelajar-pelajar yang menggangu sesi pengajaran dan pembelajaran kelas akan dianggap telah melanggar peraturan sekolah.

3.12.        Bising dan menjerit di dalam kelas adalah dilarang sama sekali.

3.13.        Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat atau selepas tamat persekolahan kecuali dengan tujuan membersihkan kelas, menghias kelas, mengadakan mesyuarat kelab atau persatuan.

 

4. PERATURAN SEMASA UJIAN / PEPERIKSAAN

4.1.            Pelajar-pelajar wajib menduduki ujian / peperiksaan yang telah ditetapkan oleh guru-guru, sekolah dan Kementerian Pelajaran.

4.2.            Pelajar-pelajar mesti berada dalam kelas sepanjang masa ujian / peperiksaan.

4.3.            Pelajar-pelajar hanya dibenarkan keluar setelah mendapat kebenaran daripada guru pengawas.

4.4.            Pelajar-pelajar hendaklah menjauhkan diri dari sebarang penyelewengan atau ketidakjujuran semasa ujian / peperiksaan.

4.5.            Pelajar-pelajar yang didapati meniru atau melakukan sebarang penyelewengan akan diberi markah ’kosong’ bagi kertas / mata pelajaran itu.

4.6.            Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meminjam alat-alat tulis atau mengganggu ketenteraman kelas semasa peperiksaan.

4.7.            Pelajar-pelajar wajib membawa buku teks / buku rujukan agar ulangkaji terhadap mata pelajaran boleh dilakukan pada waktu ulangkaji.

4.8.            Untuk peperiksaan SPM, pelajar-pelajar hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

 

5. PERATURAN PERHIMPUNAN MINGGUAN

5.1.            Pelajar-pelajar diwajibkan menghadiri perhimpunan mingguan sekolah dan mesti berada di Dewan Sri Kenanga 5 minit sebelum perhimpunan bermula.

5.2.            Pelajar-pelajar mesti berbaris dengan teratur mengikut kelas masing-masing.

5.3.            Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa senyap dan memberi perhatian sepenuhnya kepada setiap pengumuman dan mencatat maklumat-maklumat penting yang disampaikan dalam diari sekolah.

5.4.            Pelajar-pelajar dikehendaki membawa diari sekolah setiap kali perhimpunan sekolah diadakan.

5.5.            Pelajar-pelajar mesti berdiri tegak semasa lagu kebangsaan ”NegaraKu”, ”Ibu PertiwiKu” dan lagu sekolah dinyanyikan dan juga semasa membaca ikrar.

5.6.            Pelajar-pelajar balik ke kelas masing-masing mengikut tertib.

 

6. PERATURAN KANTIN SEKOLAH

6.1.            Pelajar-pelajar tidak boleh berada di kantin sekolah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

6.2.            Pelajar-pelajar tidak boleh membawa makanan atau minuman keluar dari kawasan kantin.

6.3.            Pelajar-pelajar hendaklah makan dan minum dalam keadaan tertib semasa berada di kantin sekolah. Pelajar-pelajar harus beratur semasa membeli makanan / minuman, tidak membuat bising dan berebut-rebut.

6.4.            Pelajar-pelajar dilarang meninggalkan sisa makanan dan pembalut makanan di atas meja makan.

6.5.            Pelajar-pelajar dikehendaki membuang sisa makanan dan pembalut makanan ke dalam tong sampah yang disediakan.

6.6.            Pelajar-pelajar tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur dan tempat menjual makanan di kantin.

 

7. PERATURAN DI BENGKEL DAN MAKMAL

7.1.            Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memasuki bengkel dan makmal tanpa kebenaran dan pengawasan daripada guru.

7.2.            Pelajar-pelajar perlu beratur di luar bengkel atau makmal sementara menunggu arahan guru untuk memasuki bengkel atau makmal.

7.3.            Pelajar-pelajar mesti berpakaian baju ‘T’ bengkel sewaktu menjalankan kerja amali di bengkel.

7.4.            Pelajar-pelajar dilarang membawa/mengambil keluar peralatan dan bahan-bahan dari bengkel dan makmal.

7.5.            Pelajar-pelajar dilarang menjalankan kerja amali atau ujikaji tanpa pengawasan / arahan guru.

7.6.            Pelajar-pelajar dikehendaki memberitahu atau melaporkan kepada guru dengan segera jika berlaku sebarang kemalangan atau kerosakan alat-alat/mesin.

7.7.            Pelajar-pelajar mesti mematuhi peraturan keselamatan di bengkel dan makma pada setiap masa.

 

8. PERATURAN DI PERPUSTAKAAN

8.1.            Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam perpustakaan tanpa kebenaran dan pengawasan guru atau pembantu perpustakaan.

8.2.            Bagi guru-guru yang berminat untuk menggunakan perpustakaan, tempahan hendaklah dilakukan dalam tempoh 3 hari sebelum tarikh penggunaan.

8.3.            Sila jaga kebersihan di dalam dan di luar bilik perpustakaan.

8.4.            Dilarang meludah dan membuang sampah merata-rata.

8.5.            Sila tanggalkan kasut/sandal anda sebelum masuk ke dalam perpustakaan.

8.6.            Sila susun kasut/sandal anda dengan kemas di rak yang telah disediakan.

8.7.            Beg dan barang-barang lain yang tidak berkaitan hendaklah diletakkan di rak-rak yang disediakan.

8.8.            Pihak perpustakaan tidak akan bertanggung jawab ke atas kehilangan barang-barang kepunyaan pengunjung di dalam atau di luar kawasan perpustakaan.

8.9.            Pelajar diingatkan supaya sentiasa berpakaian sopan semasa berada di dalam perpustakaan. Memakai topi, berjaket, bersinglet dan berpakaian mencolok mata dan ketat adalah dilarang sama sekali.

8.10.        Tidak dibenarkan makan (terutamanya chewing gum), minum, tidur atau baring di atas kerusi, meja atau lantai semasa berada di dalam perpustakaan.

8.11.        Tidak dibenarkan membuat bising, berkelakuan tidak sopan dan mengganggu ketenteraman di dalam perpustakaan.

8.12.        Jangan merosakkan harta benda perpustakaan terutamanya buku-buku, majalah-majalah dan suratkhabar dengan mengoyak, menggunting atau menconteng.

8.13.        Sila kembalikan bahan bacaan yang telah dibaca ke tempat asalnya.

8.14.        Sila kembalikan buku-buku yang telah dibaca ke tempat asalnya atau tempat yang dikhaskan (book drop).

8.15.        Tidak dibenarkan membawa keluar sebarang bentuk bahan atau harta benda perpustakaan tanpa kebenaran.

8.16.        Semua buku yang dipinjam mestilah dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan seperti yang direkod (dicop) pada buku tersebut.

8.17.        Sila pastikan buku-buku yang dipinjam dikembalikan dalam keadaan baik dan memuaskan.

Amaran:

Sesiapa yang didapati mencuri, merosak, mengoyak atau menggunting muka surat buku / majalah / suratkhabar milik perpustakaan akan didenda bayaran sebanyak dua kali ganda harga bahan tersebut.

Pihak perpustakaan juga akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu yang terbabit.

 

9. PERATURAN-PERATURAN BILIK BAHASA

9.1.            Guru yang berhasrat menggunakan Bilik Bahasa mestilah memaklumkan dan membuat tempahan 2 hari lebih awal dengan penyelaras bilik tersebut.

9.2.            Guru yang menggunakan Bilik Bahasa mestilah mengisi buku ‘Rekod Penggunaan Bilik’ setiap kali menggunakannya.

9.3.            Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilik ini tanpa kebenaran dan pengawasan oleh guru.

9.4.            Setiap guru yang menggunakan bilik ini adalah bertanggung jawab mengawal pelajar masing-masing serta menjaga keselamatan harta benda di dalamnya.

9.5.            Dilarang membuat bising yang melampau.

9.6.            Sila jaga kebersihan di dalam dan di luar Bilik Bahasa.

9.7.            Dilarang menconteng meja, kerusi dan bahan-bahan lain di dalam bilik ini.

9.8.            Tidak dibenarkan makan dan minum di dalam bilik ini.

9.9.            Tidak dibenarkan merosak sebarang harta benda di dalam bilik ini.

9.10.        Sila jaga keselamatan harta benda Bilik Bahasa.

9.11.        Sila kendalikan peralatan dengan cermat dan berhati-hati.

9.12.        Sila laporkan sebarang kehilangan atau kerosakan bahan atau peralatan Bilik Bahasa kepada guru yang bertanggung jawab secepat mungkin untuk tindakan sewajarnya.

9.13.        Sila kembalikan bahan-bahan atau peralatan yang telah digunakan ke tempat asal selepas menggunakannya.

9.14.        Dilarang membawa keluar sebarang bahan atau peralatan milik Bilik Bahasa tanpa kebenaran.

9.15.        Sila pastikan semua suis (lampu, kipas dll) ditutup sebelum meninggalkan bilik ini.

9.16.        Sila pastikan semua tingkap, pintu dan grill ditutup dan dikunci selepas menggunakannya untuk tujuan keselamatan.

9.17.        Sila serahkan kunci Bilik Bahasa ke bilik Pengetua sebaik sahaja selepas menggunakannya.

9.18.        Guru / pelajar tidak dibenarkan sama sekali membawa pulang kunci bilik atau pun membuat kunci pendua (duplicate) Bilik Bahasa.

 

10. PERATURAN DI BILIK KHAS DAN DEWAN SRI KENANGA

10.1.        Pelajar-pelajar mesti diiringi dan diawasi oleh guru sepanjang masa ketika bilik itu digunakan.

10.2.        Pelajar-pelajar hendaklah menjaga kebersihan dan memastikan bilik berada dalam keadaan yang kemas selepas digunakan. Semua peralatan dan kelengkapan dalam bilik hendaklah berada pada kedudukan yang asal.

10.3.        Pelajar-pelajar dilarang makan atau minum di bilik khas dan Dewan Sri Kenanga

 

11. PERATURAN KEGIATAN KOKURIKULUM

11.1.        Pelajar-pelajar hendaklah mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis permainan, satu jenis persatuan akademik/bukan akademik dan satu jenis badan beruniform.

11.2.        Pelajar-pelajar diwajibkan hadir dalam semua aktiviti kokurikulum mengikut jadual yang telah ditetapkan.

11.3.        Penglibatan pelajar-pelajar dalam aktiviti kokurikulum di dalam dan di luar sekolah mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan.

11.4.        Pelajar-pelajar yang mewakili sekolah dalam mana-mana pertandingan dipelbagai peringkat hendaklah menunjukkan tingkahlaku terpuji dan menjaga nama baik sekolah.

11.5.        Semua persatuan/kelab diwajibkan mengadakan Mesyuarat Agong pada akhir tahun, senarai AJK, perlembagaan, rancangan aktiviti mingguan/tahunan, rekod/minit mesyuarat dan kewangan. Satu salinan maklumat hendaklah diserahkan untuk tujuan rekod dan fail sekolah.

11.6.        Sebarang lawatan, perkhemahan, perkelahan dan seumpamanya atas nama sekolah yang melibatkan pelajar mestilah mendapatkan kebenaran daripada Pengetua 6 minggu sebelum aktiviti dijalankan.

11.7.        Pelajar-pelajar yang terlibat dengan sebarang aktiviti hendaklah mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga dengan menggunakan borang deklarasi yang disediakan oleh pihak sekolah. Pelajar-pelajar yang gagal berbuat sedemikian tidak dibenarkan sama sekali untuk menyertai aktiviti tersebut.

11.8.        Pelajar-pelajar mesti memakai baju ’T’ sekolah / kelab atau pakaian seragam sekolah.

11.9.        Pelajar-pelajar mesti berada di bilik/tempat kokurikulum sepanjang kegiatan kokurikulum dijalankan.Pelajar-pelajar diwajibkan membawa buku Gerak Kerja Kokurikulum setiap kali perjumpaan.

11.10.    Guru penasihat dikehendaki bersama pelajar-pelajar sepanjang kegiatan kokurikulum dijalankan.

 

12. PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL KOMPUTER

12.1          Para pelajar adalah dilarang berada di dalam makmal tanpa kebenaran, pengetahuan dan pengawasan daripada guru.

12.2          Pelajar-pelajar hendaklah mencatatkan nama di dalam Buku Kehadiran / Buku Log Penggunaan Komputer.

12.3          Pelajar-pelajar hendaklah berpakaian sesuai, kemas, sopan dan tidak mencolok mata ketika berada di dalam makmal.

12.4          Pelajar hanya dibenarkan menggunakan terminal stesen kerja yang telah ditetapkan oleh guru.

12.5          Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat bising dan mengganggu ketenteraman pelajar lain ketika berada di dalam makmal.

12.6          Pelajar tidak digalakkan membawa disket atau ‘thumb drive’ yang tidak ada kena-mengena dengan proses pembelajaran di dalam makmal untuk mengelakkan serangan virus.

12.7          Pelajar adalah dilarang sama sekali untuk ‘install’ perisian @ aplikasi lain ke dalam komputer di dalam Makmal Komputer.

12.8          Pelajar-pelajar juga tidak dibenarkan membuat sambungan perkakasan tambahan kepada komputer tanpa mendapat kebenaran / pengesahan guru.

12.9          Para pelajar hendaklah melaporkan kepada guru dengan segera sekiranya berlaku sebarang masalah dengan sistem komputer.Pelajar-pelajar adalah dilarang sama sekali untuk membawa makanan dan minuman ke dalam Makmal Komputer.

 

13. PERATURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

13.1          Pelajar-pelajar hanya dibenarkan berada di Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan pengawasan dan kebenaran daripada Guru Kaunseling.

13.2          Bagi Pembimbing Rakan Sebaya, sebarang aktiviti atau mesyuarat yang dijalankan di UBK hendaklah dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada Guru Kaunseling.

13.3          Pelajar-pelajar adalah dilarang sama sekali membawa sebarang makanan atau minuman termasuk makan dan minum di UBK.

13.4          Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat bising, mengganggu ketenteraman dan hendaklah menjaga tingkah laku semasa berada di UBK. Hal ini demikian untuk memastikan UBK berada dalam keadaan yang kondusif dan teraputik selaras dengan Piagam Pelanggan Unit Bimb. & Kaunseling.

13.5          Pelajar-pelajar hendaklah senantiasa menjaga kebersihan dan keceriaan UBK. Segala bahan / buku yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal.

13.6          Pelajar-pelajar adalah tidak dibenarkan untuk membawa keluar apa-apa bahan / peralatan dari UBK tanpa kebenaran Guru Kaunseling.

13.7          Sebelum meninggalkan UBK, pastikan suis-suis peralatan elektrik dimatikan.

13.8          Pelajar-pelajar hendaklah merekodkan setiap kehadiran mereka di UBK ke dalam Buku Pendaftaran yang disediakan di Kaunter Masuk UBK.

13.9          Bagi guru-guru dan pelawat, kehadiran hendaklah direkodkan ke dalam Buku Pelawat yang turut disediakan di Kaunter Masuk UBK.

13.10      Pelajar-pelajar adalah dilarang sama sekali untuk masuk ke Bilik Pentadbiran Guru Kaunseling tanpa kebenaran daripada mana-mana Guru Kaunseling.

13.11      Sebarang alas kaki adalah tidak dibenarkan untuk digunakan di dalam UBK.

13.12      Pelajar-pelajar hendaklah berpakaian sopan dan tidak mencolok mata semasa berada di UBK terutamanya selepas sesi pengajaran dan pembelajaran tamat.

 

14. PROSEDUR MENJALANI SESI KAUNSELING / BIMBINGAN

14.1          Pelajar-pelajar yang berminat ( Klien Sukarela ) untuk mendapatkan khidmat sesi kaunseling / bimbingan hendaklah mendapatkan Borang Temujanji Individu / Kelompok di Unit Bimbingan dan Kaunseling.

14.2          Bagi guru-guru yang bercadang untuk merujuk mana-mana pelajar kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling, guru berkenaan perlu mendapatkan Borang Rujukan Klien dari Unit Bimbingan dan Kaunseling atau ‘pigeon hole’ di Pejabat Am Sekolah.

14.3          Setelah pelajar atau guru mengisi borang yang berkenaan, pelajar atau guru hendaklah mengembalikan borang berkenaan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk tujuan rekod dan penetapan temujanji bersama klien.

14.4          Guru Kaunseling akan merekodkan temujanji di dalam Buku Rekod Daftar Sesi Kaunseling / Bimbingan dan pada masa yang sama menetapkan tarikh temujanji.

14.5          Setelah temujanji ditetapkan, Guru Kaunseling akan menjemput klien dengan menggunakan Borang Kebenaran Sesi.

14.6          Klien hendaklah mendapatkan tanda tangan dan kebenaran daripada guru yang sedang mengajar sebelum menghadiri sesi kaunseling / bimbingan.

14.7          Sekiranya guru berkenaan tidak membenarkan pelajar untuk menghadiri sesi kaunseling / bimbingan, guru juga perlu menandatangani Borang Kebenaran Sesi dan menyatakan sebab-sebab tidak membenarkan pelajar menghadiri sesi.

14.8          Sesi hanya akan dijalankan selepas klien mendapat kebenaran dan tanda tangan daripada guru yang sedang mengajar ketika temu janji dibuat.

14.9          Sebelum sesi kaunseling / bimbingan dijalankan, klien diminta untuk mengisi dan menandatangani borang-borang berikut :

14.10      Borang Profil Klien

14.10.1      Borang Akuan Terima Sesi Individu / Kelompok

14.10.2      Borang Informed Consent @ Persetujuan Termaklum

14.11      Sekiranya memerlukan sesi lanjutan, Guru Kaunseling akan menetapkan tarikh temujanji selepas sesi pertama dijalankan berdasarkan persetujuan bersama.

14.12      Selepas sesi ditamatkan, klien dikehendaki kembali semula ke kelas untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Klien akan dibekalkan dengan Borang Pengesahan Tamat Sesi yang telah ditandatangani oleh Guru Kaunseling untuk diserahkan kepada Guru Mata Pelajaran dan satu salinan akan disimpan oleh klien itu sendiri.

14.13      Guru Kaunseling akan merekodkan sesi di dalam Fail Rekod Sesi.

 

15. PERATURAN PENGGUNAAN KENDERAAN

15.1.        Semua kenderaan warga VokBet yang memasuki kawasan sekolah hendaklah memaparkan pelekat rasmi kenderaan sekolah.

15.2.        Semua kenderaan hendaklah diletakkan dengan teratur di kawasan yang dikhaskan.

15.3.        Semua kenderaan pelajar hendaklah diparkir di Zon Letak Kenderaan Pelajar yang berdekatan dengan pondok keselamatan.

15.4.        Semua basikal dan motosikal hendaklah berkunci dan mempunyai kelengkapan yang disyaratkan oleh pihak berkuasa.

15.5.        Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di tempat letak kereta, motosikal dan basikal pada waktu rehat.

15.6.        Dalam kawasan sekolah had laju kenderaan tidak lebih daripada 30 kmj.

15.7.        Pelajar-pelajar yang menaiki bas hendaklah beratur semasa menaiki dan menurun dari bas, jangan berebut-rebut dan ditegah berdiri di tangga semasa bas berjalan.

15.8.        Undang-undang jalanraya hendaklah dipatuhi dengan sepenuhnya.

15.9.        Pelajar-pelajar yang ingin menggunakan kenderaan bermotor hendaklah memohon kebenaran membawa kenderaan ke sekolah dengan mengemukakan salinan pendaftaran kenderaan, lesen memandu, cukai jalan dan surat kebenaran ibu bapa / penjaga kepada pihak sekolah melalui PK HEM.

 

16. RAWATAN PERUBATAN ATAU KEMALANGAN

16.1.        Jika berlaku sebarang kemalangan di kawasan sekolah semasa menjalankan aktiviti luar darjah, ia hendaklah segera dilaporkan kepada Pengetua / PK Pentadbiran / PK HEM untuk tindakan seterusnya.

16.2.        Untuk rawatan perubatan biasa, pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan rawatan perubatan ke klinik atau hospital dikehendaki mendaftarkan diri di Bilik Rawat dan Rehat pada jam 2.00 petang. ( Kenderaan akan disediakan – jika ada )

16.3.        Peti pertolongan cemas yang lengkap boleh didapati di Pejabat Am, Bilik R&R, Bengkel-bengkel dan makmal-makmal sains.

 

17. BILIK RAWAT DAN REHAT ( R&R)

17.1.      Pelajar-pelajar yang ingin pergi dan berehat di Bilik R&R mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada PK Pentadbiran / PK HEM. Pelajar berkenaan akan diberikan memo perhubungan untuk berjumpa dengan Penyelia Asrama. Penyelia Asrama akan membuat catatan dalam Buku Sakit/Rehat dan pelajar dikehendaki menunjukkan memo kebenaran kepada guru kelas sebagai rekod dan simpanan.

 

18. HARTA BENDA SEKOLAH

18.1.      Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar untuk menjaga harta benda sekolah. Sebarang kerosakan yang dilakukan oleh pelajar hendaklah diganti atau dibayar oleh pelajar itu sendiri.

18.2.      Kerosakan yang berlaku hendaklah segera dilaporkan kepada Guru Tingkatan / Warden Blok yang berkenaan. Kegagalan berbuat demikian mungkin boleh mengakibatkan seluruh kelas/blok menanggung akibatnya.

18.3.      Pelajar-pelajar yang terus melakukan kerosakan akan digantung persekolahan atau dibuang sekolah.

18.4.      Pelajar-pelajar dilarang mengambil / memindahkan harta benda sekolah kecuali dengan kebenaran sekolah.

18.5.      Alat-alat dan perabot yang dipinjam/dipindah hendaklah diserahkan balik dan disimpan di tempat yang telah ditetapkan.

18.6.      Mencuri adalah kesalahan jenayah dan mana-mana pelajar yang terlibat dalam kegiatan sedemikian akan dihadapkan ke balai polis.

18.7.      Pihak sekolah tidak beertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kecurian barang-barang bernilai kepunyaan pelajar. Oleh yang demikian, para pelajar harus menjaga barang-barang sendiri dengan baik.

 

19. TATASUSILA DAN PERKARA-PERKARA AM

19.1.      Pelajar-pelajar mesti mengamalkan nilai-nilai murni dan sifat terpuji dan berusaha menjaga nama baik sekolah pada setiap masa.

19.2.      Setiap pelajar diwajibkan menghormati semua guru, kakitangan pejabat, Exco Pelajar dan Ketua Kelas.

19.3.      Sebarang aduan atau ketidakpuasan hati hendaklah dirujuk kepada Pengetua. Sebarang kekasaran adalah ditegah.

19.4.      Pelajar-pelajar hendaklah berdiri dengan sopan apabila memberi hormat semasa guru atau pelawat masuk dan keluar kelas.

19.5.      Pelajar-pelajar mesti taat perintah dan arahan pihak sekolah.

19.6.      Pelajar-pelajar harus menjaga ketenteraman sekolah. Sebarang masalah atau perselisihan faham dalam kalangan pelajar hendaklah diselesaikan secara aman. Jika perlu, dapatkan khidmat nasihat mana-mana guru atau Pengetua. Penyelesaian melalui pergaduhan atau sebarang unsur kekerasan sama ada di dalam atau luar sekolah merupakan kesalahan yang serius dan dilarang sama sekali.

19.7.      Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menghormati agama dan kebudayaan lain dan tidak boleh menghina mana-mana pengajaran agama atau amalan sesuatu kaum sama ada dengan perlakuan atau perkataan. Kelakuan tidak senonoh dan biadap seperti ’mengebooo’, menjerit, menyumpah atau apa jua bentuk tingkahlaku yang kurang sopan dan mengganggu ketenteraman ditegah sepanjang masa.

 

20. KAWASAN LARANGAN DI SEKOLAH

20.1             Pelajar-pelajar TIDAK DIBENARKAN berada di kawasan bilik kelas, bilik-bilik khas, bengkel-bengkel, makmal dan blok pentadbiran selepas waktu persekolahan.

20.2             Kolam buatan merupakan kawasan larangan SEPANJANG MASA.

20.3             Pelajar-pelajar HANYA dibenarkan berada di kawasan tersebut dengan pengawasan guru.

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: