KOLEJ VOKASIONAL BETONG, SARAWAK

" KECEMERLANGAN, BERTEKNOLOGI, BERWAWASAN "

Peraturan Asrama

  1. Pendahuluan

Adalah menjadi tanggungjawab semua pelajar Asrama Vokbet untuk membaca dengan teliti dan memahami akan peratruran yang dibentangkan ini demi kepentingan para pelajar sendiri. Peraturan ini adalah tambahan kepada peraturan sekolah yang sepatutnya dipatuhi dan diamalkan serta dipertahankan untuk pembangunan diri selaras dengan cirri-ciri untuk menghasilkan pelajar yang berilmu dan berdisiplin.

2. Kemasukan Ke Asrama

2.1 Masuk Melalui Tawaran

Pelajar ini ditawarkan kerana tempat tinggal (rumah) yang jauh ke sekolah.

2.2 Masuk Melalui Rayuan

Pelajar yang tidak ditawarkan tempat tetapi merayu masuk. Pelajar akan ditawarkan tempat bergantung kepada kekosongan yang ada. Pelajar perlu mengisi borang rayuan kemasukan.

2.3 Pendaftaran Asrama

Pelajar perlu melaporkan diri kepada Penyelia Asrama / warden untuk mendapatkan katil, tilam, bantal dan loker.

2.4 Keluar Dari Asrama

Penghuni asrama yang tidak mahu tinggal di asrama perlu mengisi borang keluar asrama dan perlu mendapatkan sokongan (tandatangan) ibubapa. Permohonan keluar asrama hanya diluluskan setelah ibubapa / penjaga berjumpa Pengetua atau wakilnya.

 

3. Peraturan Am Di Asrama

Peraturan asrama yang disediakan ini adalah untuk panduan penghuninya dan bukan bertujuan untuk menyusahkan. Mana-mana pelajar yang kurang selesa perlulah datang dan berbincang dengan Pengetua atau wakilnya.

Pelajar hendaklah berkelakuan baik sepanjang berada di asrama.

Pelajar perlu menghormati guru / warden / pengawas / ketua asrama dan

sentiasa mematuhi mereka.

Pelajar perlu mematuhi jadual waktu harian / cuti yang disediakan oleh

pengurusan asrama.

Pelajar perlu mematuhi peraturan sekolah dan asrama yang berkait rapat.

Jangan lakukan salahlaku berikut:

3.1 Jenayah

Bergaduh / pelacuran / mencuri / bawa minuman keras / menyimpan senjata / berjudi / salahguna dadah.

3.2 Kurang Sopan

Melawan warden / pengawas / membawa dan merokok / mengganggu dan mengejek orang lain.

3.3 Lucah

Mengintai / bercumbu / tidur berdua-duaan / bawa bahan lucah / menconteng / menulis / melukis bahan lucah.

3.4 Tidak Kemas

Berpakaian comot / tidak mengemas katil dan almari / tidak bekerjasama / berkuku panjang / kotor.

3.5 Bersifat Pemusnah

Merosakan harta sekolah / menconteng / menghasut orang / memukul

3.6 Tidak Jujur

Berbohong / menipu / tidak amanah / mencuri / mengambil barang orang lain / tidak jelaskan yuran.

 

4. Jadual Hari Persekolahan

4.1 Sarapan pagi pukul  : 5.50 pagi – 6: 20 pagi

: 7.00 pagi – 7.30 pagi ( Hujung minggu )

4.2 Inspirasi insani 6:30 pagi – 6.50 pagi

4.3 Perhimpunan Mingguan Sekolah diadakan pukul 7:20 pagi – 8:00 pagi

4.4 Waktu sekolah bermula 7: 00 pagi sehingga mengikut jadual

4.5 Selepas sekolah :-

Makan tengah hari: 2.00 petang & 1.20 ptg [T.4 Bukan Muslim] (Isnin)

: 2.20 petang & 1.40 ptg [T.5 Bukan Muslim ] (Rabu)

:12.40 tghari – 1.20 petang ( Selasa & Khamis)

:12.00 tghari (Jumaat, Sabtu & Ahad)

4.6 Bermain / riadah: 4.30 petang – 5:40 petang

4.7 Makan Petang: 6.00 petang – 6.45 petang

4.8 Kelas Persedian Malam: 7.30 petang – 10.00 malam

4.9 Minum Malam: 10.00 petang – 10.30 malam

4.10 Masa Tidur :-

a) Lampu padam: 10.30 malam

b) Pelajar-pelajar hendaklah tidur (berada di asrama masing-masing)

4.11 Belajar selepas 10.30 Malam

Kebenaran khas hendaklah diperolehi daripada Warden.

*       Hari Sabtu minggu Tidak Balik Kampung Kerja Gotong Royong

dijalankan untuk semua pelajar asrama. 8.00 – 9.00 pagi.

**     Pelajar dibenarkan menonton TV pada hari kelepasan / hujung
minggu bermula pada waktu-waktu sesuai sehingga pukul 10.00
malam sahaja.

***   Gotong royong pada hari Ahad pada 5.00 – 6.00 petang.

 

5. Kelas-kelas Persedian Belajar Malam.

5.1 Kelas-kelas persediaan

5.1.1    Kehadiran adalah wajib untuk semua pelajar asrama.

5.1.2    Pelajar-pelajar MESTILAH belajar dengan senyap.

5.1.3    Pelajar-pelajar lelaki dan perempuan mestilah berada di tempat kelas
belajar yang ditetapkan.

5.1.4    Penggunaan perpustakaan tertakluk kepada arahan.

5.1.5    Pelajar yang membuat bising atau tidur dianggap telah melakukan
kesalahan disiplin. MPP bertanggungjawab untuk membuat laporan
kepada warden / Ketua warden.

5.2 Belajar Lewat Malam

5.2.1    Tidak digalakkan.

5.2.2    Pelajar hanya dibenarkan mengguna bilik khas yang disediakan oleh
pihak sekolah sahaja.

5.2.3    Pelajar hanya dibenarkan belajar lewat sehingga pukul 12.00 tengah
malam sahaja.

5.2.4    Pelajar-pelajar yang ingin belajar melewati waktu tersebut TIDAK

dibenarkan.
6. Pakaian

6.1 Keluar Bandar / Balik Kampung / Ke Asrama

6.1.1    Pakaian seragam asrama diwajibkan. (Iaitu baju “T’ asrama sahaja).

6.2 Semasa Bermain/Sukan/Riadah

6.2.1    Gunakan Pakaian yang sesuai

6.2.2    Larangan: Pelajar dilarang memakai selipar

6.3 Semasa Kelas

6.3.1    Kelas belajar makan – Pakaian kemas

6.3.2    Larangan: Memakai baju ‘singlet’

6.4 Pakaian Seharian

6.4.1    Pakaian kemas, bersopan dan menutup aurat (bagi pelajar perempuan
Islam)

6.5 Semasa Makan Di Dewan Makan

6.5.1    Pakaian kemas, bersopan dan menutup aurat

6.5.2    Memakai pakaian bersih

6.6 Semasa Aktiviti Kokurikulum

6.6.1    Sukan dan Permainan

6.6.1.1       Pakaian sukan dan memakai kasut

6.6.2    Kelab dan Persatuan

6.6.2.1       Pakaian kemas dan memakai kasut

6.6.3    Unit Beruniform

6.6.3.1       Pakaian seragam/baju ’T’ tertentu dan memakai kasut

 

7. Dewan Perdana ( Dewan makan )

7.1 Pakaian – seperti 6.5

7.2 Waktu makan – ikut jadual yang ditetapkan

7.3 Pelajar-pelajar MESTILAH beratur mengambil makanan

7.4 Kebersihan Dewan Perdana adalah tanggungjawab bersama penghuni-penghuni

7.5 Pelajar-pelajar yang menyertai sebarang pertandingan di luar sekolah boleh memberitahu terlebih dahulu untuk membuat tempahan makanan di Dewan Perdana.

7.6 Jawatankuasa Makanan

7.6.1 Menyediakan laporan bertulis tentang penyediaan makanan pada tiap-tiap hari.

7.6.2 Melaporkan kepada warden, mana-mana pelajar yang melanggar peraturan dewan makan..

7.6.3 Pelajar mesti membawa gelas masing-masing ke dewan makan.

7.6.4 Pelajar yang menghadapi masalah pemakanan hendaklah berbincang dengan Penyelia Makanan dengan membawa surat akuan doktor.

 

8. Keluar Masuk Asrama

8.1 Pelajar-pelajar hanya dibenarkan balik kampung mengikut ketetapan oleh pihak sekolah.

8.2 Keluar Pasar

8.2.1    Semua pelajar dibenarkan keluar ke pasar pada hari Ahad.

8.2.2  Pelajar dikehendaki mendaftarkan diri di pondok jaga sewaktu keluar dan balik daripada pasar.

8.2.3    Pelajar-pelajar yang keluar ke pasar wajib menggunakan pakaian Baju ‘T’ asrama.

8.2.4   Pelajar-pelajar dibenarkan pergi ke pasar seawal jam 7.00 pagi dan mesti balik semula ke sekolah sebelum pukul 12.30 tengahari untuk makan tengahari.

8.3 Balik Kampung

8.3.1  Setiap pelajar mestilah mempunyai Kad Destinasi yang disimpan

oleh warden blok masing-masing.

8.3.2 Pelajar yang ingin balik semasa minggu balik kampung mestilah   memohon kebenaran daripada Warden Blok masing-masing.

Permohonan hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada pukul 10.00 pagi hari Rabu minggu berkenaan.

8.3.3   Pelajar yang ingin balik semasa minggu BUKAN balik kampung mestilah memohon kebenaran daripada PK HEM. Selepas mendapat kelulusan pelajar mestilah mendapatkan Kad Destinasi daripada Warden Blok masing-masing.

8.3.4    Pelajar hendaklah datang semula di asrama selewat-lewatnya pada pukul 4.00 petang hari Ahad.

 

9. Ibadat

9.1 Tuntutan Ibadat

9.1.1  Diwajibkan menunaikan Rukun Islam dan aktiviti agama yang diadakan di sekolah dan asrama.

9.1.2  Pelajar yang menunjukkan akhlak yang buruk serta engkar dan malas menunaikan tuntutan Agama Islam boleh DISINGKIR dari asrama.

 

10. Penggunaan Elektrik Dan Air

10.1 Jimatkan penggunaan air dan elektrik

10.2Mencuci pakaian kotor selepas pukul 11.00 malam TIDAK DIBENARKAN.

10.3 Sambungan elektrik secara HARAM  TIDAK DIBENARKAN.

10.4 Alat-alat persendirian yang menggunakan elektrik TIDAK DIBENARKAN dibawa ke asrama/sekolah.

10.5 Jaga keselamatan peralatan elektrik sekolah.

10.6 Kebersihan asrama, bilik air, tandas, bilik basuhan dan kolah air adalah tanggungjawab bersama

 

11. Kegiatan Kokurikulum

11.1 Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam kegiatan ko-kurikulum sekolah/asrama seperti persatuan, permainan atau sukan dan unit beruniform.

11.2 Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di dalam dan di luar sekolah hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan

 

12. Keselamatan dan Kebakaran di Asrama

12.1 Tindakan Ketika Berlaku Kebakaran

12.1.1 LOCENG AMARAN akan dibunyikan secara berterusan dengan panjang.

12.1.2   AMARAN lain ialah laungan “API, API, API….

12.1.3  Telefon nombor 999 untuk menghubungi Bomba dan Polis (471591).

12.1.4  Pelajar hendaklah bersegera turun mengikut laluan yang telah ditetapkan

12.1.5    Utamakan keselamatan diri daripada harta benda

12.1.6 Kejutkan kawan yang tidur sebelum turun menyelamatkan diri.

12.1.7   Jangan panik, gugup, tergopoh-gapah, berebut-rebut atau melaung tidak tentu arah.

12.1.8  Semua pelajar dikehendaki berkumpul tempat lapang dan gelanggang tenis

12.1.9     Exco MPP dikehendaki mengarah pelajar bergerak ke tempat yang ditetapkan.

12.2 Tindakan Mencegah Kebakaran

12.2.1 Pelajar dilarang menggunakan lilin.

12.2.2 Ketua Blok / Exco MPP hendaklah melaporkan kepada Penyelia Asrama/warden asrama jika berlaku sebarang kerosakan elektrik.

12.2.3 Latihan menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran akan dijalankan dari semasa ke semasa.

12.2.4 Semua alat pemadam api hendaklah dijaga dengan baik dan tidak digunakan sesuka hati atau sengaja bermain-main dengannya.

 

13. Bilik/Asrama

13.1 Katil dan loker ditentukan oleh pihak sekolah. Pelajar tidak dibenarkan membuat pertukaran tanpa kebenaran.

13.2 Setiap bilik asrama mesti melantik Ketua Bilik dan Penolong.

13.3 Mestilah sentiasa kemas, bersih dan tersusun. Kain cadar biru muda hendaklah dipasang rapi, bantal bersarung biru muda, tuala dan pakaian disidai di tempat sidaian yang disediakan.

13.4  Pelajar tidak dibenarkan memindah keluar/masuk apa-apa perabot / harta benda sekolah tanpa kebenaran warden.

13.5  Pelajar digalakkan memasang kelambu semasa tidur.

 

14. Bilik Rawatan dan Rehat

14.1     Dibawah kawalan dan tanggungjawab Penyelia Asrama/warden asrama

14.2     Penyelia asrama dan Exco MPP biro kebajikan bertanggungjawab dalam:

  1. Menyelenggara, mengawas dan menjaga kebersihannya
  2. Mengurus pesakit dan mendapatkan rawatan
  3. Menguruskan makan minum.

14.3 Pelajar yang tinggal dalam bilik sakit mestilah mendapatkan kebenaran daripada warden / guru bertugas dan penyelia asrama.

14.4 Pelajar-pelajar lain dilarang masuk ke dalam bilik sakit.

 

15. Kebersihan Dan Kesihatan Diri

15.1 Kebersihan

15.1.1 Pemeriksaan kebersihan asrama akan sentiasa  diadakan.

15.1.2 Kebersihan bilik asrama adalah tanggungjawab setiap ahli. Penghuni bilik  asrama yang kotor akan didenda.

15.1.3 Kebersihan kawasan asrama adalah tanggungjawab semua penghuni.

15.1.4 Dewan makan, bilik bacaan, bilik tetamu, bilik air, dan tandas mestilah sentiasa dijaga kebersihannya.

15.1.5 Gunakan tong sampah yang disediakan.

15.2 Kesihatan

15.2.1 Waktu untuk mendapat rawatan ke Hospital Betong ialah pukul 2.00 – 4.30 petang.

15.2.2 Bagi kes kecemasan hubungi  warden / guru bertugas.

15.2.3 Pelajar yang ingin mendapatkan rawatan hendaklah membawa bersama surat pengesahan rawatan yang diluluskan oleh Penyelia Asrama / PK HEM / Pengetua.

 

16. Keselamatan

16.1 Dilarang keras bergaduh / bertumbuk, mencetuskan pergaduhan atau menghasut / batu api. Pelajar yang didapati melakukan kesalahan ini akan DIBUANG asrama tanpa amaran dan tidak boleh merayu.

16.2 Keselamatan harta benda pelajar adalah tanggungjawab masing-masing. Pelajar dikehendaki mengunci almari kepunyaan sendiri.

16.3   Dilarang keras membawa senjata tajam.

16.4   Semua peraturan sekolah dan asrama mesti dipatuhi.

 

17. Pelawat

17.1   Semua pelawat (termasuk ibu bapa/penjaga) tidak dibenarkan pergi ke

asrama tanpa kebenaran.

17.2      Penghuni asrama dilarang menjemput orang luar atau pelajar harian

masuk ke kawasan sekolah atau asrama.

 

18.  KEROSAKAN PERALATAN/KELENGKAPAN/KEMUDAHAN

18.1  Segala kerosakan kemudahan/kelengkapan/peralatan di dalam asrama

adalah tanggungjawab semua penghuni.

18.2  Pelajar yang merosakkan kemudahan/kelengkapan/peralatan di

sekolah/asrama hendaklah membayar harga barang-barang tersebut atau

menggantikannya dengan yang baru dan serupa.

Senarai Harga Barang Dalam Kelas/Asrama

Bil. Kemudahan/Kelengkapan/Peralatan Harga (RM)
1. Cermin tingkap 5.00
2. Pili air 13.00
3. Kotak suis lampu 6.00
4. Lampu Kalimantang 18.00
5. Suis Kipas 45.00
6. Tangki Flush 50.00
7. Meja pelajar 145.00
8. Kerusi kayu pelajar 50.00
9. Kerusi plastik pelajar 30.00
10. Katil dua tingkat 575.00
11. Bantal 35.00
12. Tilam 170.00
13. Almari 329.00
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: